Blog Widget by LinkWithin

Butter Sculpture

>> Sunday, September 20, 2009

Memendangkan hari ini ialah Hari Raya Pertama, saya akan tulis 'post' ini dalam Bahasa Malaysia. Terlebih dahulu, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang Melayu dan Muslim yang membaca blog ini.

'Butter Sculpture' merupakan salah satu topik yang tardapat dalam mata pelajaran 'Culinari Arts & Design.' Topik yang unik ini diajar oleh seorang lecturer yang mempunyai Master dalam sculpture. Beliau juga merupakan seorang penulis buku. Kelas ini memberi kami peluang untuk menunjukkan kreativiti kami dalam membentuk sculpture yang diperbuat daripada butter.

Memandangkan kami hanya mempunyai 4 jam dalam seminggu untuk membuat 'sculpture' ini, kami terpaksa bertungkus-lumus untuk menyiapkannya. Setelah menyiapkan 'sculpture' tersebut, kami terpaksa memberikan bentangan tentang 'sculpture' kami. Pada masa itu, kami merasa cara pengadilan adalah tidak sah. Kerana yang cantik tidak diberi markah manakala yang hodoh dan lari dari tajuk mendapat markah yang tinggi. Saya merupakan salah satu daripada mangsa tersebut.

Apalah lagi yang boleh buat. Nasi sudah menjadi bubur.
Beginilah, tengoklah sendiri apa yang saya telah lakukan.
Terima Kasih..


Stabilizers yang merupakan tulang untuk tahan berat butter yang digunakan.


Tulang keseluruhan.


Selepas wayar dililit bagi menunjukkan bentuk seekor rusa.


Setelah surat khabar lama dimasukkan dalam celah celah wayar.. Ini bagi meringankan berat rusa.


Anak rusa.


Pada masa yang sama, lecturer tersebut memberi tekanan untuk meletakkan butter atas rusa saya walaupun saya masih tidak menyiapkan amaturnya.. Ini adalah kerana dia hendak pergi minum kopi dan bentuk rusa saya telah keluar.. Beliau hendak tunjuk kepada kelas.. Bodoh atau gila sekali?


Butter telah siap dilapis atas amatur rusa.


Telah digilapkan dengan tangan, mata & hidung telah bentuk dan pengteksturan telah dilakulan.


Abang yang berkongsi papan dengan saya..


Semua orang dalam kelas saya.. Semua kawan dalam kelas adalah berkebolehan dan peramah.. Kami terpaksa memgambil gambar dengan lecturer nyanyuk sebagai kenangan. Itu pun idea beliau..

Kalau beliau terbaca blog saya, kawan saya ada yang lebih teruk lagi.. Nak tengok?

HAHAHA..

0 comments:



  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP